Selasa, 27 Ogos 2019

Masalah kulit kusam?

* TAKDE MOOD BILA WAJAH KUSAM*


Masalah kulit kusam adalah masalah kulit muka & wajah yang selalu dialami para wanita di Malaysia. Ia berlaku sebab cuaca Malaysia yang terletak di Khartulistiwa yang panas dan menyebabkan sel kulit mati di permukaan wajah muka. Kulit kusam boleh menjejaskan penampilan kita jangka masa panjang jika tidak diatasi segera.

Ini adalah 5 SEBAB utama Kulit muka jadi kusam :-

1 : STRESS/TEKANAN
Stress ada masalah psikologi. Contoh stress yang biasa alami sebagai contoh masalah di tempat kerja, stress sebab jalan ‘jammed’ atau stress dengan ahli keluarga. Stress akan sebabkan pelbagai penyakit, salah satunya  stress akan meningkatkan penghasilan minyak melalui kelenjar muka & seterusnya jadikan kulit muka kusam.

2 : TIDAK MEMBERSIHKANKAN WAJAH SECARA RUTIN DAN TERATUR
Aktiviti harian di luar akan sebabkan anda terdedah kepada debu-debu dan kotoran. Debu-debu ni nampak je kecik. Biasanya takkan nampak dengan mata kasar. Tapi sedikit sebanyak ia akan melekat pada kulit muka anda tanpa sedar.
Sebab itu anda perlu sangat-sangat mencuci membersihkan kulit muka & wajah secara kerap. Cukuplah 2 hingga 3 kali sehari waktu anda bekerja untuk hilangkan kotoran & debu muka.

 3 : SINARAN UV MATAHARI
Sinar matahari adalah bagus untuk anda sebab ada vitamin A. Tetapi jika anda terdedah dengan sinar matahari secara berterus-terusan dalam tempoh yang lama ia akan memberikan kesan buruk pada kulit muka. Ini sebab sinar matahari ada sinaran Ultra Violet (UV) yang boleh rosakkan kulit secara perlahan dan buatkan kulit kering dan kusam.

4 : FAKTOR KEKURANGAN VITAMIN
Badan kita amat memerlukan vitamin untuk lalukan aktiviti yang lebih mudah dan juga buatkan tubuh badan kita lebih sihat & segar. Dengan cara pengambilan vitamin dalam badan aakn membantu kulit lebih sihat dan bercahaya. Kulit yang kekurangan vitamin akan sebab anda mengalami pelbagai masalah kulit kusam dan juga akan sebabkan kulit berminyak.

5 : KURANG TIDUR.
Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita kena tidur setidak-tidaknya 6 jam sehari untuk rehat. Kurang tidur akan sebab pelbagai penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan.
Ini kerana pada malam hari, badan kita juga sedang jalankan proses penting seperti menggantikan sel-sel kulit pada muka dan badan. Jika kita tidak tidur ikut waktu yang betul, makan sel-sel kulit tidak dapat diproses dengan sempurna. Sebab itu masalah kulit kusam terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.